• Persidangan Tentang Senjata Nuklear Di Vatican

    Published: Tuesday, 31 October 2017
    A- A+


    VATICAN CITY: Vatican akan menjadi hos persidangan antarabangsa peringkat tinggi berkaitan senjata nuklear November ini, yang dijangka dikuasai konfrontasi memuncak antara Amerika Syarikat (AS) dan Korea Utara.

    Pemenang anugerah Nobel, pegawai atasan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan pegawai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) akan menyertai pertemuan pada 10 dan 11 November ini di sini, termasuk ucapan oleh Pope Francis.

    Jurucakap Vatican, Greg Burke, berkata Pope dari Argentina itu berusaha bersungguh-sungguh mempromosi syarat bagi dunia bebas nuklear, sambil menafikan laporan media persidangan mewakili usaha perantara oleh Francis.

    Pertemuan itu akan termasuk keterangan peribadi individu terselamat dalam serangan bom atom di Nagasaki, Jepun oleh AS.

    Paderi Silvano Tomasi, pemerhati tetap Vatican ke PBB, yang sering bercakap bagi pihak Francis berkaitan isu nuklear berkata, adalah jelas dunia berdepan risiko sebenar penggunaan senjata atom.

    Korea Utara sejak beberapa bulan lalu mencetuskan kebimbangan global dengan menjalankan ujian nuklear keenam dan peluru berpandu, berupaya sampai ke tanah besar AS. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Persidangan Tentang Senjata Nuklear Di Vatican "