• Permainan Menekan Dada Boleh Sebabkan Kematian Otak

    Published: Saturday, 14 October 2017
    A- A+


    GEORGETOWN - Permainan menekan dada adalah berbahaya dan boleh menyebabkan kematian otak, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

    Beliau mengingatkan agar pelajar tidak menjadikan permainan berkenaan sebagai gurauan terhadap rakan kerana ia mampu mengundang maut dalam tempoh hanya lima minit.


    "Jangan, jangan tekan dada kawan-kawan. Jika dia ada penyakit jantung, dia boleh mati. Bila tekan dada kita tidak boleh bernafas. Saluran oksigen akan terputus.

    "Dalam masa lima minit jika oksigen terputus daripada otak, boleh mati otak. Jangan sesekali buat kerja begitu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persatuan Rakan Niaga Strategik Negeri Pulau Pinang di sini hari ini.

    Beliau mengulas mengenai video berdurasi 25 saat yang tular yang memperlihatkan tiga remaja melakukan aksi menekan dada. – Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Permainan Menekan Dada Boleh Sebabkan Kematian Otak "