• Perkhidmatan Awam Perlu Berpegang Kepada Enam Falsafah Menuju TN50

    Published: Tuesday, 3 October 2017
    A- A+


    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan enam falsafah yang perlu dipegang oleh perkhidmatan awam menuju Transformasi Nasional 2050 (TN50).

    Enam falsafah itu adalah berkaitan kerangka Manhaj Maqasid Syariah, Tahun 2017 Sebagai Tahun Penyampaian, Prinsip Wala' dan Kesetiaan, Budaya Kerja Di Luar Kelaziman, Revolusi Perindustrian Keempat dan Ekonomi Digital Menuju TN50 serta Par Excellence Duniawi dan Par Excellence Ukhrawi.

    Ketika menyampaikan amanat kepada lebih 5,000 penjawat awam semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-15, di sini hari ini, beliau berkata untuk mara ke hadapan, dalam usaha membina ketamadunan yang lebih cerah lagi unggul, perkhidmatan awam tidak boleh sekadar bernostalgia atau hanya bergantung kepada prestasi hari semalam.

    Katanya falsafah pertama adalah dipegang kepada kerangka Manhaj Maqasid Syariah yang mencorakkan pembentukan negara bangsa Malaysia dan untuk tempoh 30 tahun mendatang.

    "Sepanjang tempoh enam dekad, perkhidmatan awam telah bergerak pada landasan yang sama seiring dengan kerajaan, sehingga Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara Islam progresif lagi dinamik bermanhajkan Maqasid Syariah, dan berpegang kepada prinsip Wasatiyyah, Perlembangaan Persekutuan dan Ideologi Kebangsaan yang kukuh serta kesinambungan gagasan-gagasan pucuk pimpinan kerajaan," katanya.

    Tambahnya, manhaj Maqasid Syariah yang dipegang kerajaan menyasarkan kepada masahah umum iaitu mendatangkan kebaikan kepada rakyat dengan mengambil kira tahap kemampuan kebertanggungjawaban kerajaan mengikut tiga peringkat keutamaan.

    -- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Perkhidmatan Awam Perlu Berpegang Kepada Enam Falsafah Menuju TN50 "