• Perjuangan Tok Nan Akan Diteruskan - Abang Jo

    Published: Monday, 9 October 2017
    A- A+

    Perjuangan Allahyarham Tok Nan dalam menuntut hak Sarawak yang terhakis akan diteruskan dalam usaha memajukan Negeri Sarawak, demikian tegas Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Haji Openg.

    "Perpaduan yang mampan adalah amat penting dalam usaha memajukan negeri Sarawak," kata beliau.

    Memetik laporan Utusan Borneo. beliau berkata perpaduan yang mampan amat penting dalam usaha kerajaan menjadikan  Sarawak sebuah negeri maju di Malaysia menjelang tahun 2030.

    "Apa yang penting, masyarakat pelbagai kaum harus mengekalkan perpaduan yang selama ini menjadi pegangan kukuh di Negeri Sarawak mahupun di Semenanjung Malaysia," ujarnya. - Sarawakiana
  • No Comment to " Perjuangan Tok Nan Akan Diteruskan - Abang Jo "