• ‘Perhimpunan Hapus Kleptokrasi’ hanya gimik tagih simpati

    Published: Tuesday, 10 October 2017
    A- A+
    Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Datuk Seri Ramesh Rao mencabar Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengumpulkan dua juta tandatangan sebagai tanda sokongan kepada Perhimpunan Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi yang bakal diadakan Sabtu ini.

    Dalam satu kenyataan hari ini, Ramesh berkata bekas perdana menteri itu hanya pandai bercakap sedangkan tiada siapa yang berminat menyokong atau menghadiri perhimpunan yang didakwa hanya gimik untuk menarik simpati.

    Pada masa sama, beliau turut mengimbau kegagalan Dr Mahathir semasa Deklarasi Selamatkan Malaysia yang gagal mendapatkan satu juta tandatangan rakyat, malahan menggunakan tandatangan palsu untuk dibawa mengadap Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.

    “Beliau hanya pandai manipulasi keadaan untuk memihak kepada dirinya, ada rakyat boleh percaya pada kata-katanya walaupun sebenarnya beliau hanya bercakap bohong.

    “Oleh itu, saya cabar Dr Mahathir untuk kumpul dua juta tandatangan mereka yang sokong himpunan ini sebagai tanda rakyat Malaysia memang ada menyokong perhimpunan sebelum ini,” kata Ramesh.

    Tambahnya lagi rakyat Malaysia mempunyai maruah dan tidak mudah untuk dipengaruhi dengan politik sempit.

    “Dr Mahathir jangan buat rakyat umpama modal dan disuruh hadir dalam satu perhimpunan yang sia-sia yang hanya akan membibitkan rasa kebencian kepada pemimpin kerajaan dan BN.

    “Kalau sudah tidak ada sokongan, parti PPBM dan Pakatan Harapan kena terima hakikat bahawa rakyat Malaysia sudah muak dan benci dengan penganjuran perhimpunan seperti ini yang sebenarnya bertujuan menunjukkan kepada negara luar bahawa kita dalam masalah,” kata Ramesh. - BNBBC News

    Subjects:

  • No Comment to " ‘Perhimpunan Hapus Kleptokrasi’ hanya gimik tagih simpati "