• Penyerang Pindah Wang Ke Luar Negara

    Published: Thursday, 5 October 2017
    A- A+


    LAS VEGAS - AMERIKA SYARIKAT . Penyerang Las Vegas memindahkan AS$100,000 (RM422,750) ke Filipina beberapa hari sebelum melancarkan serangan berdarah tersebut.

    Penyiasat memaklumkan Stephen Paddock, 64, turut merancang serangan termasuk memasang kamera di beberapa lokasi di sekitar Hotel Mandalay Bay.

    "Kami cuba kesan wang tersebut dan laporan kewangan untuk tempoh beberapa minggu lalu yang mendakwa Paddock habiskan lebih AS$10,000 (RM42,275) sehari untuk berjudi.

    "Serangan tembakan itu berlaku antara sembilan dan 11 minit. Siasatan masih dijalankan untuk kenal pasti motif serangan," kata Timbalan Syerif daerah Clark, Kevin McMahill. - Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Penyerang Pindah Wang Ke Luar Negara "