• Penyampai Radio Rusia Parah Ditikam Di Leher

    Published: Tuesday, 24 October 2017
    A- A+

    MOSCOW: Seorang penyampai radio Rusia cedera parah selepas ditikam di leher oleh seorang lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian di sini, hari ini.

    BBC melaporkan, Tatyana Felgengauer kini dimasukkan ke sebuah hospital di sini dan keadaannya dilaporkan stabil.

    Sehubungan itu, polis menahan seorang suspek dan pihak berkuasa menyatakan motif serangan mungkin berpunca akibat dendam.-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Penyampai Radio Rusia Parah Ditikam Di Leher "