• Penurapan Jalan Tanjung Assam Dan Kampung Sekitar Dimulakan

    Published: Monday, 23 October 2017
    A- A+
    SARIBAS: Kerja penurapan Jalan Tanjung Assam dan disasarkan sehingga ke Kampung Sebemban telahpun dimulakan.

    Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Mohamad Razi Sitam, projek penurapan tersebut adalah dibawah program Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).

    "Kelewatan projek adalah disebabkan oleh faktor cuaca.

    "Hujan yang kerap berlaku beberapa bulan kebelakangan ini menyebabkan berlakunya penangguhan," kata Razi ketika ditemubual selepas lawatan bersama Menteri Muda Jalan Persisir, Datuk Julaihi Narawi di sini, semalam.

    Dalam lawatan tersebut, rombongan turut meninjau kerja-kerja menyiapkan jambatan sawit Kampung Buda yang dijangka siap menjelang Januari 2018.

    "Dengan siapnya jambatan itu nanti, rancangan kerajaan untuk menaik taraf jalan menuju ke Kampung Buda akan diteruskan untuk memberi manfaat kepada penduduk kampung dan kawasan sekitar," jelas Razi.

    Turut hadir bersama rombongan tersebut ialah Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Betong Ir. Meehan Jorai, Pegawai Tadbir Sarawak (SAO) Akoi, Pegawai Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan (MIDT), pegawai-pegawai JKR, Ketua Kampung dan pemimpin tempatan dari Kampung Tanjung Assam, Kampung Sebemban dan Kampung Balingan. - Sarawakiana



  • No Comment to " Penurapan Jalan Tanjung Assam Dan Kampung Sekitar Dimulakan "