• Penunggang Motosikal Maut Digilis Lori

    Published: Thursday, 26 October 2017
    A- A+

    Penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan dua kenderaan di Kilometer 286.4, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat Ipoh, malam tadi.

    Dalam kejadian 11.10 malam itu, Muhammad Hakim Zulkipeli, 22, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

    Sementara itu, pemandu kereta berusia 36 tahun dan pemandu treler berusia 55 tahun tidak cedera.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Superintendan Abdul Rani Alias berkata, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa dalam perjalanan dari Ipoh menghala ke Kuala Lumpur.

    Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian mangsa cuba memotong sebuah kereta di lorong kanan lebuh raya.

    "Bagaimanapun ketika memotong, motosikal ditunggang mangsa bergesel dengan kereta terbabit sebelum terjatuh di atas jalan raya.

    "Treler yang berada di lorong kiri lebuh raya dikatakan gagal mengelak kenderaan berkenaan menggilis mangsa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

    Beliau berkata, akibat kemalangan itu mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan perut.

    "Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk tindakan lanjut.

    "Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Penunggang Motosikal Maut Digilis Lori "