• Penubuhan TSA Tingkatkan Industri Pelancongan Sarawak

    Published: Wednesday, 11 October 2017
    A- A+

    Akaun Satelit Pelancongan atau TSA bakal diwujudkan di Sarawak untuk meningkatkan industri pelancongan di negeri ini, menurut Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Karim berkata kementeriannya akan mengadakan makmal bersama pemain industri sebagai permulaan kepada pelaksanaan sistem tersebut.

    “Kita akan cuba mengadakan makmal secepat mungkin dan memanggil semua pemain industri untuk taklimat pertama mereka.

    “Kita mahu melihat mekanisme terbaik untuk mengumpul dan menghimpunkan data daripada mereka dalam usaha kita melaksanakan TSA,” katanya.

    Karim menambah, dengan adanya TSA ini memudahkan kementerian mengetahui bagaimana menggunakan data bagi merancang serta meningkatkan prestasi industri pelancongan.

    “Kita akan menggabungkan semua data dan melakukan analisis dan dari situ ia membolehkan kita menggunakan data untuk TSA.

    “TSA adalah untuk kita meningkatkan industri pelancongan dan ia memerlukan kerjasama terutama pemain industri dengan memberi data secara telus,” katanya. - Sarawakiana
  • No Comment to " Penubuhan TSA Tingkatkan Industri Pelancongan Sarawak "