• Penerjun Wanita Gagal Ujian Doping

    Published: Tuesday, 3 October 2017
    A- A+

    Seorang atlet terjun wanita negara gagal ujian doping yang dijalankan ketika Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos lalu.

    Difahamkan penerjun itu menang pingat emas selepas tuan rumah Malaysia berjaya menyapu bersih 13 pingat emas ditawarkan.

    Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dijangka mendedahkan butiran terperinci mengenai kes doping itu kepada media selepas mesyuarat jawatankuasa pemilihan Sukan Komanwel Gold Coast di Kuala Lumpur, petang ini.

    “Ia seorang penerjun. Lebih bagus buat MOM untuk mendedahkan perkara itu,” menurut seorang sumber. - HarianMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Penerjun Wanita Gagal Ujian Doping "