• Penerbangan Sulung ‘Teksi Terbang’ 2018

    Published: Friday, 6 October 2017
    A- A+


    BERLIN: Perkhidmatan ‘teksi terbang’ kini bukan sesuatu yang mustahil untuk dilihat.

    Mail Online melaporkan, syarikat Airbus Helicopters kini telah menguji sistem penggerak CityAirbus untuk tujuan itu di Jerman baru-baru ini.

    Menerusi ujian itu, seluruh sistem berkaitan diuji menggunakan seorang pemandu sebelum ditukar kepada pengendalian automatik sepenuhnya pada masa depan.

    Sistem itu turut dilengkapi dengan perisian pendaratan automatik atau Eagle bagi melancarkan pergerakan kenderaan terbabit.

    Penerbangan sulung untuk kenderaan itu pula dijangka dilancarkan tahun depan.

    Difahamkan, projek ‘teksi terbang’ itu pertama kali diumumkan tahun lepas dengan ujian penuh penerbangan dijadual ber­akhir penghujung tahun depan.

    Dalam pada itu, ketua juru­tera CityAirbus, Marius Bebesel dalam satu kenyataan bertulis­nya memberitahu, pihaknya kini lebih memahami keupayaan City­Airbus menerusi penghasilan sistem penggerak elektrik secara inovatif.

    “Kami akan terus menjalankan ujian itu sehingga berpuas hati,” kata Bebesel.

    April lalu, syarikat pengangkutan Uber mengumumkan rancangan untuk membina sebuah ‘teksi terbang’ di Dallas-Fort Worth, Texas dan Dubai menje­lang 2020 nanti.

    Teksi bersaiz kecil itu seumpa­ma pesawat elektrik yang berlepas dan mendarat secara menegak (VTOL) dengan emisi sifar serta beroperasi secara ‘senyap’ di bandar.- Utusan Online

    Subjects:

  • No Comment to " Penerbangan Sulung ‘Teksi Terbang’ 2018 "