• Pendidikan Dapat Keluarkan Daripada Kemelut Kemiskinan

    Published: Tuesday, 31 October 2017
    A- A+

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau percaya hanya pendidikan sahaja yang mampu mengeluarkan pelajar luar bandar daripada kemiskinan.

    Sehubungan itu, beliau menggesa setiap pelajar di luar bandar untuk terus mengutamakan pendidikan dan menguasai kemahiran sebagai persiapan menghadapi pasaran pekerjaan.

    Malah menurutnya, sekiranya mempunyai keazaman tinggi, tidak mustahil pelajar luar bandar mampu mengecapi kejayaan seperti pelajar di bandar.

    "Satu-satunya cara untuk keluar daripada kemelut kemiskinan ialah melalui pendidikan. Saya sering mengingatkan anak-anak di pedalaman khususnya di Telang Usan agar merebut peluang di sekolah untuk belajar bersungguh-sungguh," katanya seperti yang dilaporkan Utusan Borneo.

    Dalam perkembangan sama, peningkatan jumlah pemegang diploma dan ijazah sekarang menunjukkan pasaran pekerjaan semakin kompetetif.

    "Justeru pelajar jangan leka dan rebut setiap peluang kerana masa depan berada di tangan kita sendiri," ujarnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " Pendidikan Dapat Keluarkan Daripada Kemelut Kemiskinan "