• Pemenang Pingat Emas Olimpik Terjun Dari Balkoni Hotel

    Published: Thursday, 12 October 2017
    A- A+

    Pemenang pingat emas Sukan Olimpik dan pencabar kategori flyweight UFC, Henry Cejudo melecur di kaki selepas terjun balkoni hotel penginapannya untuk menyelamatkan diri akibat kebakaran di kawasan Santa Rosa, California, awal minggu ini.

    Kebakaran meragut 20 nyawa dengan lebih daripada 150 lagi tidak diketahui keadaan mereka.

    Keadaan turut memaksa beribu ribu penduduk meninggalkan kediaman dalam apa dianggap antara kebakaran paling teruk dalam sejarah negeri itu.

    Cejudo adalah antara bekas atlet Olimpik Amerika Syarikat serta bintang sukan AS yang datang ke satu majlis amal di Santa Rosa anjuran bekas bintang NFL, Ronnie Lott.

    Penginap hotel dipindahkan ke tempat selamat selepas loceng kecemasan berbunyi pada awal pagi, kelmarin.

    Cejudo melompat keluar daripada balkoni tingkat dua bangunan terbabit di Fountaingrove Inn untuk menyelamatkan diri daripada kebakaran.

    Laporan awal San Francisco Chronicle menyatakan Cejudo mengalami kecederaan pergelangan kaki tetapi bintang UFC itu kemudian dilapor hanya mengalami melepuh di bahagian jari kaki kanan.

    Dia turut kehilangan pingat emas Sukan Olimpik dalam kejadian itu.

    Cejudo, bekas pencabar gelaran akan bertarung pada UFC 218 pada 2 Disember depan menentang pencabar fyweight Sergio Pettis di Detroit, Michigan.-BBC

    Subjects:

  • No Comment to " Pemenang Pingat Emas Olimpik Terjun Dari Balkoni Hotel "