• Pembinaan & Naik Taraf Jalan Persisir Perlukan Lebih Banyak Peruntukan

    Published: Friday, 13 October 2017
    A- A+

    MELUDAM: Proses pembinaan dan naik taraf jalan persisir memerlukan lebih banyak peruntukan, kata Menteri Muda Jalan Persisir, Datuk Julaihi Narawi.

    Menurutnya, kerajaan negeri berharap kerajaan persekutuan akan menyalurkan lebih banyak peruntukan bagi projek pembinaan serta naik taraf jalan persisir dalam pengumuman Bajet 2018 nanti.

    "Sudah tentu kita ada Lebuh Raya Pan Borneo tetapi kawasan persisir yang padat penduduknya amat memerlukan jalan pesisir yang baik sebagai jalan penghubung," katanya.

    Memetik laporan Utusan Borneo, beliau menjelaskan lebih 30 peratus penduduk di negeri Sarawak menetap di kawasan pesisir dari Sematan ke utara Sarawak dan mereka merupakan penyokong kuat Barisan Nasional (BN).

    "Kita perlukan maklum balas daripada JKR Betong kerana kawasan ini (Jalan Triso-Meludam) di bawah JKR Betong," ujarnya ketika menjawab pertanyaan mengenai Jalan Triso-Meludam.

    Beliau memberitahu kira-kira 9 kilometer Jalan Triso-Meludam perlu diperbaiki kerana rosak.. - Sarawakiana
  • No Comment to " Pembinaan & Naik Taraf Jalan Persisir Perlukan Lebih Banyak Peruntukan "