• Pemberhentian Kakitangan MAS: Penjelasan Sudah Memadai

    Published: Tuesday, 10 October 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia, hari ini, tampil membuat penjelasan berhubung isu pemberhentian kerja 3,600 kakitangan kesatuan sekerja Penerbangan Malaysia (MAS) berikutan pelan penyusunan semula syarikat penerbangan nasional itu.

    Menterinya, Datuk Seri Richard Riot, berkata pihaknya menerusi Jabatan Perhubungan Perusahaan sudah mengemukakan surat penjelasan penuh berhubung isu itu.

    "Sebanyak 1,500 daripada 3,600 kakitangan kesatuan sekerja MAS sudah diberikan surat penjelasan berhubung isu pemberhentian kerja.

    "Penjelasan itu sudah memadai kerana mengikut Akta Kerja 1955, Menteri tidak perlu mengemukakan sebab atau musabab pemberhentian seseorang pekerja," katanya pada sidang media, di sini, sebentar tadi.

    Beliau menjawab dakwaan kesatuan sekerja MAS yang membuat tuntutan penjelasan kementerian yang mengambil masa dua tahun untuk melaksanakan tindakan mengikut undang-undang.

    Riot berkata, kementerian tidak boleh mengambil tindakan menyaman syarikat penerbangan nasional atau individu kerana pemberhentian kerja skala besar berikutan syarikat sudah diisytiharkan muflis.

    Sementara itu, katanya, penjelasan dibuat selepas dua tahun kerana tempoh moratorium pelan pemulihan MAS berakhir pada 24 Mei lalu.

    MAS secara teknikalnya telahpun muflis seperti yang dijelaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Christoph Mueller dan pemberhentian pekerja adalah opsyen yang muktamad. - BH Online

    Subjects:

  • No Comment to " Pemberhentian Kakitangan MAS: Penjelasan Sudah Memadai "