• Pembangkang Persoal Hospital Sri Aman Untuk Tutup Kegagalan Projek Di Pulau Pinang

    Published: Tuesday, 10 October 2017
    A- A+
    Projek pembinaan Hospital Sri Aman antara isu yang diketengahkan oleh DAP Sarawak untuk mencari keuntungan politik bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) nanti. Dengan menghebahkan kelemahan kerajaan atas faktor kelewatan siapnya projek tersebut mengumpamakan kerajaan Barisan Nasional sebuah kerajaan yang gagal justeru meyakinkan DAP mampu meraih sokongan daripada rakyat Sarawak.

    Namun projek yang bernilai RM150 juta tersebut walaupun menghadapi kelewatan untuk disiapkan tetapi ia berada pada landasan tepat dan dijangka siap pada tahun hadapan. DAP tetap menjadikan hospital Sri Aman sebagai senjata untuk mengelirukan rakyat demi kelangsungan politik mereka sehingga berulang kali mencanang kelemahan walaupun hospital projek hospital tersebut tidak pernah terbengkalai.

    DAP jadikan isu tersebut sebagai momokan politik yang meletakkan semua kesalahan kepada BN, namun pada masa sama DAP tidak pernah menoleh belakang tentang kepincangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dikuasai oleh DAP. Jika DAP bijak membuat pembangunan, bagaimana pula dengan projek terowong dasar laut Pulau Pinang yang baru setakat keberhasilan kajian sudah mengeluarkan kos RM305 juta dan sehingga kini laporan kajian tersebut tidak pernah sampai ke Kementerian Kerja Raya Malaysia.

    RM305 juta sudah dibayar kepada kontraktor tetapi tidak pula terdapat laporan terperinci. Ketua Menteri Lim Guan Eng berjanji dan terus berjanji untuk menghantar laporan dengan kadar segera namun sehingga kini janji tinggal janji. Itu baru bab nak menghantar laporan. Janji senang dimungkiri oleh DAP.

    Yang peliknya, duit RM305 juta sudah dibayar tetapi bayang nak mulakan projek pun tidak nampak lagi. Nampak gayanya berkemungkinan projek terowong Pulau Pinang akan menjadi projek gajah putih yang merugikan wang rakyat. Jadi apa relevennya DAP Sarawak untuk mengetengahkan isu Hospital Sri Aman yang lengkap dokumen dan memang dijadual akan siap sedangkan projek terowong Pulau Pinang projek DAP sehingga kini tidak diketahui kapan ia akan siap.

    Subjects:

  • No Comment to " Pembangkang Persoal Hospital Sri Aman Untuk Tutup Kegagalan Projek Di Pulau Pinang "