• Pemandu Dikecam Campak Tin Minuman Di Lebuh Raya

    Published: Wednesday, 11 October 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR - Sebuah video tular di laman sosial memaparkan sikap kurang sopan seorang pemandu kereta sehingga mendapat reaksi netizen.

    Dalam video berdurasi 48 saat itu, pemandu tersebut dilihat membuang tin minuman ketika melalui sebuah lebuh raya.

    Tindakan itu menyebabkan cermin kereta pemandu di belakangnya terkena sisa air minuman yang masih berbaki.

    Berdasarkan pemerhatian pada video, pemandu kurang sopan itu memandu kereta dengan nombor pendaftaran dari negara jiran.

    Video yang tular itu segera mendapat reaksi netizen, yang rata-ratanya mengecam perbuatan tersebut.

    Pengguna media sosial, Ed Farid berkata, mana-mana pemandu dari negara jiran seharusnya menghormati undang-undang negara ini.

    Bagaimanapun, pengguna akaun Mohamed Gani menasihatkan netizen tidak terlalu cepat menilai kewarganegaraan pemandu tersebut.

    “Melainkan, jika kenderaannya diminta berhenti, dan pemandu diminta tunjuk kad pengenalan bagi mengesahkan kewarganegaraannya,” katanya.

    Pad Paaie pula berkata, bukan status warganegara jadi isu, sebaliknya kesalahan buang sampah dari kereta memang wajar dikenakan tindakan.

    - Sinar Online

    Subjects:

  • No Comment to " Pemandu Dikecam Campak Tin Minuman Di Lebuh Raya "