• Pelumba F1 Terima Ugutan Bunuh

    Published: Friday, 27 October 2017
    A- A+

    MEXICO CITY: Gara-gara perbalahannya dengan rakan sepasukan di Force India, pelumba Perancis, Esteban Ocon mendedahkan menerima ugutan bunuh daripada peminat pelumba tempatan, Sergio Perez sebaik tiba di bandar ini untuk perlumbaan terakhir kereta Formula Satu (F1) musim 2017 iaitu Grand Prix (GP) Mexico.

    Berikutan ugutan yang diterimanya sejak Jun lalu berpunca daripada perlanggaran jenteranya dan Perez di GP Azerbaijan, Ocon terpaksa menggunakan khidmat pengawal peribadi sepanjang berada di sini.

    Kedua-dua pelumba ini beraksi seperti bergaduh di atas litar perlumbaan apabila saling cuba menyekat pergerakan antara satu sama lain sehingga menyaksikan mereka dua kali berlanggar sesama sendiri di Litar Baku di Azerbaijan dan Litar Spa di GP Belgium.

    Ocon, 21, menjangkakan bakal menerima sambutan dingin sepanjang berada di sini. - AFP


    Subjects:

  • No Comment to " Pelumba F1 Terima Ugutan Bunuh "