• Pelanggan McDonald's Mengamuk, Stok Sos Szechuan Habis

    Published: Wednesday, 11 October 2017
    A- A+


    NEW YORK: Pelanggan McDonald's di bandaraya ini berang apabila bekalan sos Szechuan habis hingga gagal memenuhi permintaan pelanggan restoran makanan segera itu.

    New York Post melaporkan pelanggan turut mengugut untuk memboikot McDonald's selain membawa perkara itu ke mahkamah jika ia masih berterusan.

    Pergaduhan dilaporkan turut berlaku apabila pelanggan terpaksa berebut untuk mendapatkan bekalan sos yang sedikit.

    "Ada restoran yang hanya mempunyai bekalan 20 paket sos, dan ia tidak mampu memenuhi permintaan yang sangat banyak," kata sumber.

    Sos Scezhuan diperkenalkan pada tahun 1998 sebagai salah satu cara promosi filem Mulan.

    Ia bagaimanapun dihentikan tidak lama kemudian sebelum kembali dijual untuk sehari pada Sabtu lalu, sebagai memenuhi permintaan ramai.

    Ia dijual dalam jumlah yang terhad sekali gus menimbulkan rasa tidak puas hati pelanggan.

    Sebahagian yang berjaya mendapatkan sos itu pula bertindak menjualkannya ke laman eBay.

    Subjects:

  • No Comment to " Pelanggan McDonald's Mengamuk, Stok Sos Szechuan Habis "