• Pelajar Sekolah Menengah Maut Rempuh Pembahagi Jalan

    Published: Friday, 20 October 2017
    A- A+

    Remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh pembahagi jalan di Lebuh Raya Butterworth-Kulim arah Seberang Jaya, 3.45 pagi tadi.

    Dalam kejadian itu, mangsa Mohamad Noriman Solihin Zainun, 17, menunggang motosikalnya berseorangan dari arah Lunas, Kedah menghala ke Seberang Jaya.

    Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya sebelum merempuh pembahagi jalan di Kilometer 14.7 arah Seberang Jaya.

    Katanya, mangsa parah di bahagian kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

    Menurutnya, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya bagi tujuan bedah siasat.

    Nik Ros Azhan berkata, mangsa masih bersekolah di Sekolah menengah Kebangsaan (SMK) Junjong , Kulim, Kedah dan waris mangsa sudah dimaklumkan mengenai kejadian.

    Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Pelajar Sekolah Menengah Maut Rempuh Pembahagi Jalan "