• Pelajar Kolej Tikam Mati Rakan Sebilik Gara-gara Makanan Segera

    Published: Tuesday, 24 October 2017
    A- A+


    OHIO: Seorang pelajar kolej di Ohio, Amerika Syarikat mengaku bersalah selepas menikam rakan sebiliknya sehingga mati selepas bertengkar disebabkan makanan segera.

    Pelajar dari University of Akron, Kendal Scheid mengaku bersalah atas dakwaan membunuh secara rela terhadap Duncan Uternaher, 23 yang juga merupakan rakan sebiliknya pada Isnin lalu.

    Menurut Pejabat Pendakwa Raya Summit County, Sceid membunuh rakannya dengan menikam tepat di dada.

    Pihak polis berkata, Scheid dan rakannya berada dalam keadaan mabuk sebelum berlaku pertengkaran disebabkan makanan segera yang sedang dinikmati bersama di sebuah apartment, Disember lepas.

    Peguam Scheid menyatakan hal tersebut sebagai ‘kemalangan yang tidak disengajakan’. Tambahnya, kedua-dua rakan terbabit sudah menjadi rakan sebilik sejak dua tahun lagi.

    Suspek yang berusia 23 tahun itu boleh dikenakan hukuman penjara selama 11 tahun jika disabit kesalahan. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Pelajar Kolej Tikam Mati Rakan Sebilik Gara-gara Makanan Segera "