• Peguam Bakal Wakili PBDSB Di Parlimen Limbang

    Published: Monday, 23 October 2017
    A- A+

    Kehangatan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) terus dirasai walaupun tarikh sebenar masih belum diumumkan.

    Setiap parti politik sudah merangka strategi untuk melakar kemenangan di kawasan yang ditandingi.

    Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) tidak kurang hebatnya apabila memutuskan untuk meletakkan calon bertanding di kerusi Parlimen Limbang.

    Memetik laporan The Borneo Post, Presiden PBDSB Cobbold John bagaimanapun tidak mendedahkan nama individu yang bertanding namun hanya memberi bayangan calon tersebut merupakan seorang peguam.

    Menurutnya, individu dilahirkan di Limbang dan aktif dalam pelbagai aktiviti termasuk komuniti Dayak.

    "Kami percaya individu ini bukan sahaja calon layak tetapi dengan meletakkan calon ini, kami ada peluang untuk menang di Limbang pada PRU14. Kami percaya akan mendapat sokongan daripada pengundi," katanya.

    Cobbold berkata, PBDSB akan mengumumkan calon tersebut dalam masa terdekat.-Sarawakiana




    Subjects:

  • No Comment to " Peguam Bakal Wakili PBDSB Di Parlimen Limbang "