• PBDSB Tuduh Kerajaan BN Berdolak Dalih Isu NCR

    Published: Tuesday, 24 October 2017
    A- A+
    Pengerusi Parti Bansa Dayak Baru (PBDSB) Cobbold John menyifatkan kenyataan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkaitan isu NCR bercanggah dan penuh dengan dolak dalih.

    Menurutnya, Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak NCR Datuk Amar Douglas Uggah membuat kenyataan berkaitan kes Tuai Rumah Nyutan dengan berkata ianya adalah perkara baru dan komiti akan mengkaji isu tersebut lebih mendalam.

    Walau bagaimanapun Cobbold berkata kenyataan Uggah berbeza dengan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Jo yang disifatkannya sebagai berdolak dalih.

    Terdahulu Abang Jo berkata definisi Pemakai Menoa dan Pulau Galau belum lagi diputuskan secara muktamad.

    Menurut Abang Jo ketika berucap pada satu majlis, isu NCR perlu diselesaikan dengan baik dan tidak perlu terburu-buru membuat keputusan jika definisi berkaitan belum menemui penyelesaian terbaik.

    Beliau berkata untuk mengagih hak secara adil bukan perkara mudah dan ia perlu kesepakatan dan persetujuan melalui perbincangan dengan semua yang terlibat.

    Cobbold mungkin melihat isu NCR sebagai hak Dayak semata-mata, tanpa melihat hak peribumi lain.

    Sedangkan Abang Johari berharap perkara tersebut diselesaikan secara baik tanpa menidakkan hak pihak lain yang turut berhak.

    Hakikatnya kerajaan BN bukanlah berdolak dalik tetapi lebih kepada mencari satu keputusan yang adil kepada semua yang berhak terhadap NCR.

    Namun yang lebih penting apakah PBDSB atau Cobbold John memiliki definisi NCR yang tepat dan adil untuk semua kaum di negeri ini. Jika ada, alangkah baik jika Cobbold menyebarluas kandungan definisi yang tepat dan adil itu.

    Anda tidak boleh menghabiskan masa bertahun-tahun mempersoal cadangan pihak lain, sedangkan anda sendiri tidak memiliki apa-apa cadagan yang lebih tepat dan adil kepada rakyat negeri ini.- A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " PBDSB Tuduh Kerajaan BN Berdolak Dalih Isu NCR "