• PBDSB Mahu Dayak Contohi Semangat Orang Melayu

    Published: Monday, 16 October 2017
    A- A+

    Presiden Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB), Cobbold John menggesa masyarakat Dayak mencontohi semangat orang Melayu dalam berpolitik dalam mencapai perpaduan dalam komuniti.

    "Sebagai parti berasaskan Dayak, kita tidak mahu berharap segalanya mengenai politik. Kami memahami kepentingan mengukuhkan ikatan dalam komuniti sendiri. Kami juga mengharapkan sentimen yang sama untuk masyarakat Dayak kita sendiri.

    "Punca Dayak masih dibahagikan adalah kerana kefahaman politik yang berbeza. Usaha PBDSB bukan hanya berasaskan politik, tetapi memberikan kesedaran untuk menyatukan suku Dayak dan semua puaknya," katanya, petik laporan The Borneo Post.

    Cobbold berkata demikian sebagai merujuk kepada kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah memuji parti komponen Barisan Nasional (BN), Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) bergabung dengan Parti Islam Se -Malaysia (PAS) demi kesatuan orang Melayu.

    "Orang Melayu mampu mendapatkan segalanya kerana mereka benar-benar bersatu dalam apa jua tindakan," ujarnya.

    Cobbold menambah, pujian yang diberikan beliau adalah tanda penghormatan bahawa perpaduan Melayu masih kuat dalam masyarakatnya.

    "Walaupun DAP dan PKR serta SUPP tidak bersetuju dengan gabungan tersebut, PBDSB melihatnya melalui perspektif yang berbeza, dalam pandangan bukan politik tetapi sebagai rakyat Malaysia," katanya.

    Beliau turut memuji tindakan PBB dalam memastikan kehidupan rakyat Sarawak dipertahankan dan tidak dipengaruhi oleh ekstremis Malaya.

    "Selalu ingat bahawa setiap orang Sarawak dilahirkan dalam masyarakat yang berbilang kaum dan ikatan perpaduan di kalangan Sarawak sendiri menunjukkan penyatuan sejati setiap masyarakat Sarawak.

    "Justeru saya berharap satu hari nanti masyarakat Dayak kita dapat bersatu seperti masyarakat Melayu. Jadikan PBB sebagai rujukan terhadap sokongan penuh mereka kepada komuniti Melayu dan menjadian ia seruan untuk semua Dayak berdiri teguh dan bergerak maji sebagai satu Komuniti Dayak Bangsa Bersatu di Sarawak," katanya. - Sarawakiana
  • No Comment to " PBDSB Mahu Dayak Contohi Semangat Orang Melayu "