• PBDSB Gesa BN Keluar Data Statistik Tanah

    Published: Friday, 27 October 2017
    A- A+

    Presiden Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) Cobbold John menggesa agar pihak kerajaan Barisan Nasional(BN) mengeluarkan data-data statistik pemilikan tanah di Sarawak.

    Beliau yang dipetik dalam laporan portal Dayak Daily berkata, pihak kerajaan BN Sarawak dikehendaki mengeluarkan statistik berkenaan dan menjelaskan kepada umum tanpa gagal mengenai statistik berkenaan berkaitan dengan tanah yang telah digazet sebagai “registered stateland”, “unregistered stateland” dan disamping itu juga pihaknya ingin mengetahui berkenaan status pemilikan tanah gunasama dibawah Seksyen 6.

    "Umum mengetahui bahawa tanah di Sarawak amnya adalahhak milik kerajaan dan dibahagikan kepada dua kategori iaitu iaitu “registered stateland” (tanah negeri di daftar) dan “unregistered stateland” (tanah negeri tidak di daftar). Tanah Hak Orang Asal (NCR) adalah dibawah “unregistered stateland.

    "Unregistered stateland; ini yang menjadi isu apabila kerajaan memberikan PL (‘provisional lease’) kepada pihak syarikat atau individu tertentu menerusi Seksyen 28 Kanun Tanah Negeri," kata Cobbold menerusi satu kenyataan semalam.

    Jelas Cobbold, kerajaan BN harus bersikap lebih telus dan proaktif berkenaan isu tanah di negeri ini dan sekiranya kerajaan BN dibawah pimpinan Abang Jo benar-benar ikhlas ingin menyelesaikan isu tanah NCR dan ia sepatutnya tidak menjadi masalah kerana Jabatan Tanah dan Ukur Negeri seharusnya memiliki data tersebut.

    Beliau menambah, ianya adalah penting bagi semua rakyat mengetahui terutamanya kaum Bumiputera seperti orang Dayak, Melanau dan Melayu. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " PBDSB Gesa BN Keluar Data Statistik Tanah "