• PBB Mampu 'Sapu Bersih' Semua Kerusi Parlimen Sekali Lagi

    Published: Tuesday, 17 October 2017
    A- A+

    Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datu Len Talif Salleh melahirkan keyakinan PBB tidak berdepan masalah untuk menyapu bersih semua kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    PBB diperuntukkan 14 kerusi parlimen.

    "Kesemua kerusi PBB adalah kawasan selamat. PBB mempunyai disiplin selain tidak berlaku percakaran dalaman dan calon yang diputuskan parti sentiasa disokong.

    "Tidak berlaku sabotaj, memang ada berlaku rasa tidak puas hati di kalangan calon berpotensi namun mereka ini tetap memberi sokongan kepada calon dipilih," katanya seperti yang dilaporkan Dayak Daily.

    Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut melahirkan keyakinan kerusi yang disandang pembangkang sebelum ini mampu dirampas parti komponen Barisan Nasional (BN).

    "Berdasarkan pilihan raya negeri lepas, Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi beberapa kerusi majoriti Cina.

    "Berhampiran kawasan saya, kita menang di Repok dan Meradong - kedua-duanya di bawah Parlimen Sarikei.

    "Jadi untuk PRU14, kita berharap untuk menang di kawasan ini (Sarikei)," ujarnya.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " PBB Mampu 'Sapu Bersih' Semua Kerusi Parlimen Sekali Lagi "