• PBB Bukan Sekadar Satukan Melayu Tetapi Semua Kaum Di Sarawak

    Published: Monday, 16 October 2017
    A- A+

    Kenyataan Presiden Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) Cobbold John yang memuji penyatuan Melayu dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mungkin tidak dijangka.

    Ini kerana amat jarang untuk melihat pemimpin pembangkang memuji parti komponen Barisan Nasional (BN) dalam pelbagai aspek termasuk menyatukan masyarakat.

    Namun, inilah hakikatnya apabila Cobbold memuji PBB dan ia boleh dilihat sebagai sesuatu yang positif dan memperlihatkan PBDSB lebih matang dalam berpolitik.

    Cobbold harus ingat juga PBB bukan sahaja menyatukan masyarakat Melalyu tetapi semua kaum di Sarawak kerana parti terbesar BN di Sarawak itu dianggotai masyarakat berbilang kaum.

    PBB sebenarnya platform menyatukan Melayu, Iban, Bidayuh, Melanau dan sebagainya. Ia tidak menjurus kepada kaum Melayu sahaja. Lihat sahaja bagaimana pemimpin semua kaum dalam PBB bekerjasama membentuk sebuah parti yang kuat dan relevan sehingga ke hari ini.

    Kaum lain tidak pernah terpinggir dan turut diberi keutamaan untuk membincang segala masalah yang berkaitan. Tidak ada perbezaan kaum dalam PBB dan semuanya berhak untuk bersuara.

    Jadi tidak adil lah kenyataan yang menyatakan PBB berjaya menyatukan orang Melayu sahaja tetapi pada dasarnya berjaya menyatukan seluruh kaum yang ada di negeri tercinta ini.-Abdul Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " PBB Bukan Sekadar Satukan Melayu Tetapi Semua Kaum Di Sarawak "