• Pasukan Tindakan Khas Ditubuhkan Siasat Ketua Pesuruhjaya SPRM

    Published: Thursday, 19 October 2017
    A- A+


    PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara telah menubuhkan sebuah pasukan tindakan khas susulan laporan yang dibuat terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

    Dalam satu kenyataan, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali (gambar) berkata, pasukan tindakan khas tersebut dibentuk pada Isnin.

    "Memandangkan keseriusan tuduhan itu yang boleh menjejaskan integriti Ketua Pesuruhjaya SPRM, AGC telah menubuhkan pasukan tindakan khas untuk memantau secara teliti kesalahan yang disabitkan di bawah seksyen 498 Kanun Keseksaan dan lain-lain kesalahan berkaitan."

    Seksyen 498 merujuk kepada "menarik atau mengambil atau menahan dengan niat jenayah seorang wanita yang sudah nikah".

    Bernama pada Selasa memetik Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Keruak, mendesak agar Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad agar tidak tunduk kepada taktik yang dirancang untuk melemahkannya.

    Salleh yang menulis melalui blognya memberikan reaksi balas terhadap dakwaan hubungan sumbang yang membabitkan Dzulkifli. - mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Pasukan Tindakan Khas Ditubuhkan Siasat Ketua Pesuruhjaya SPRM "