• Pasukan Khas Siasat Kes Tembak Di Sibu

    Published: Thursday, 5 October 2017
    A- A+

    KUCHING: Polis Sarawak menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat kes tembak yang menyebabkan dua lelaki mati serta-merta di sebuah kafe di bandar Sibu tengah hari tadi.

    Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Amer Awal berkata, dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 12.15 tengah hari tadi di sebuah kafe di Jalan Pahlawan, Sibu dua lelaki masing-masing berusia 47 dan 21 tahun ditembak mati ketika sedang minum.

    Menurutnya, ketika sedang minum kedua-dua mangsa didatangi seorang lelaki memakai topi keledar dan melepaskan beberapa das tembakan kearah kedua-dua mangsa dan mangsa disahkan meninggal dunia ditempat kejadian.

    “Menurut sumber yang berada di tempat kejadian suspek telah melarikan diri menggunakan sebuah motosikal,” katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

    Sehubungan itu, beliau menyeru agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes ini dan memberi ruang dan masa kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan terperinci. - Sarawakiana
  • No Comment to " Pasukan Khas Siasat Kes Tembak Di Sibu "