• Passport Singapura Paling 'Power'

    Published: Thursday, 26 October 2017
    A- A+

    SINGAPURA: Singapura kini memiliki pasport paling ‘berkuasa’ di dunia, dengan rakyatnya dibenarkan mengembara ke jumlah negara tertinggi tanpa visa, menurut laporan terbaru.

    Passport Index yang mengawasi kebolehgunaan dokumen berkenaan berkata, republik itu menduduki tempat tertinggi selepas Paraguay menarik balik sekatan terhadap rakyat Singapura.

    Ini bererti kira-kira 5.6 juta pemegang pasport Singapura kini dibenarkan mengembara ke 159 negara, sama ada tanpa visa langsung atau dengan satu dikeluarkan sebaik tiba di destinasi.

    Jerman di tempat kedua dengan rakyatnya dibenarkan melawat 158 negara tanpa visa, manakala Sweden serta Korea Selatan seri di tempat ketiga.

    Pasport Amerika Syarikat (AS) di tempat keenam bersama Malaysia, Ireland dan Kanada.

    Afghanistan di kedudukan terakhir dengan lawatan tanpa visa dibenarkan untuk cuma 22 negara.

    Passport Index berkata, kebolehgunaan pasport AS menurun sejak Presiden Donald Trump dilantik, manakala Turki dan Republik Afrika Tengah antara negara yang terbaru tidak dibenarkan kemasukan tanpa visa.

    Passport Index menarafkan pasport di seluruh negara berdasarkan akses antara sempadan pemegang dokumen berkenaan. Ia dibangunakn badan rundingan dunia berasas di Kanada, Arton Capital.

    Pengarah Urusannya di Singapura, Philippe May berkata: “Buat kali pertama, sebuah negara Asia mempunyai pasport paling ‘berkuasa’ di dunia.

    “Ia menunjukkan hubungan diplomatik inklusif dan dasar luar negara Singapura yang berkesan.”-AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Passport Singapura Paling 'Power' "