• Pasar Nelayan Buntal, Bako Paling Aktif Di Malaysia

    Published: Thursday, 19 October 2017
    A- A+

    KUCHING: Dua pasar nelayan di bawah Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Buntal boleh dianggap sebagai pasar yang menjual hasil laut paling aktif di Malaysia.

    Timbalan Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Nik Rashid Nik Jusoh berkata, Pasar Nelayan Buntal dan Pasar Nelayan Bako disifatkan aktif kerana hasil jualan dan bilanggan pelanggan yang tinggi.

    "Kedua-dua pasar ini mempperolehi hasil jualan sekitar RM2 juta setahun," katanya.

    Menurutnya, kerajaan sebelum ini memperuntukkan RM150,000 untuk membaikpulih Pasar Nelayan Bako selain membelanjakan RM20,000 bagi mewujudkan Pusat Pemprosesan Hasil Laut berhampiran Pejabat PNK Buntal.

    Mengulas mengenai elaun sara hidup kepada golongan nelayan, Nik Rashid menjelaskan, dalam tempoh 2008 hingga 2016, kerajaan memperuntukkan RM131 juta untuk tujuan tersebut.

    "Daripada jumlah ini, gologan nelayan di PNK Buntal menerima RM14 juta dalam tempoh tersebut," ujarnya.

    Pada majlis penyampaian elaun sara hidup secara tunai pagi tadi, seramai 346 nelayan menerima bantuan masing-masing dengan jumlah keseluruhan RM99,600.

    Majlis sama turut menyaksikan penyampaian peralatan bantuan NKRA - Tani kepada 13 penerima merangkumi enjin sangkut dan bot.-Sarawakiana
  • No Comment to " Pasar Nelayan Buntal, Bako Paling Aktif Di Malaysia "