• PAS Tandingi 10 Kerusi Parlimen Di Sarawak

    Published: Friday, 27 October 2017
    A- A+

    Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang sudah bersedia sepenuhnya menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) mensasarkan untuk bertanding 10 kerusi di Sarawak.

    Naib Ketua Pemudanya, Khairil Nizam Khirudin berkata, parti tersebut mensasarkan lebih kerusi di negeri ini pada PRU14.

    "Kita mahu bertanding lima hingga 10 kerusi. Sebelum ini, kita bertanding hanya tiga kerusi," katanya seperti yang dilaporkan The Borneo Post.

    Menurutnya, PAS dilihat mempunyai peluang cerah untuk menang berdasarkan kepada sokongan akar umbi.

    Bagaimanapun jelasnya, manifesto PAS di Sarawak masih dalam peringkat perbincangan.

    Selain itu, beliau menjelaskan, terdapat kemungkinan PAS di Sarawak akan menurunkan calon bukan Islam.-Sarawakiana








    Subjects:

  • No Comment to " PAS Tandingi 10 Kerusi Parlimen Di Sarawak "