• Parlimen Lubok Antu Dan Selangau Perlukan Sokongan Akar Umbi

    Published: Monday, 2 October 2017
    A- A+

    Parlimen Lubok Antu dan Selangan memerlukan sokongan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta pemimpin akar umbi di kedua-dua kawasan bagi membolehkan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Datuk Amar James Masing mengesahkan calon Barisan Nasional di kawasan berkenaan.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Masing berkata ADUN dikedua-dua kawasan perlu memberi sokongan bagi membolehkan mereka bertanding semula di kawasan masing-masing.

    “Proses sokongan ini sangat mudah, ADUN di kedua-dua kawasan itu perlu memberi sokongan, kalau tidak alternatif lain perlu dicari selain mendapatkan pandangan mereka mengenai calon difikirkan boleh menang.

    Tambah Masing, beliau juga masih belum menerima sebarang surat sokongan daripada ADUN berkenaan.

    “Saya belum lagi menerima surat sokongan daripada YB terutama YB PRS. Jadi saya biarkan seketika, kita tunggu apa yang bakal berlaku.

    “Saya tidak boleh menyokong mereka (calon untuk Lubok Antu dan Selangau) sebagai calon parti tanpa sokongan daripada YB dan akar umbi dari kawasan itu,” jelasnya.

    Penyandang bagi kerusi Parlimen Lubok Antu ialah Datuk William Nyalau Badak manakala Selangau Datuk Joseph Entulu Belaun.

    Sebelum ini Masing memberitahu, PRS telah menyiapkan semua senarai calon mereka untuk bertanding pada PRU14 kepada pucuk kepimpinan tertinggi BN.

    Selain Selangau dan Lubok Antu, empat lagi kerusi Parlimen diperuntukkan kepada PRS ialah Julau yang disandang oleh Datuk Joseph Salang Gandum, Sri Aman (Datuk Masir Kujat), Kanowit (Datuk Aaron Ago Dagang dan Hulu Rajang (Ugak Kumbong).  - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Parlimen Lubok Antu Dan Selangau Perlukan Sokongan Akar Umbi "