• Parlimen Lanang, Sibu Dapat Dirampas Dengan Sokongan Padu Rakyat

    Published: Monday, 16 October 2017
    A- A+

    "Saya menyeru kepada rakyat di kedua-dua kawasan Parlimen terbabit (Lanang dan Sibu) terus memberi sokongan kuat kepada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Barisan Nasional (BN) bagi memenangi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    "Kali ini, saya yakin dengan sokongan kuat rakyat peringkat akar umbi bukan sahaja dapat merampas kembali kerusi Parlimen Lanang malah Parlimen Sibu pada PRU14 akan datang," kata Calon berpotensi Parlimen Lanang Joseph Chieng seperti dilaporkan Utusan Borneo.

    Menurutnya, sokongan kuat rakyat penting bagi BN dan SUPP merampas kembali kerusi Parlimen Lanang dan Sibu daripada pembangkang.

    Beliau melahirkan keyakinan BN dapat merampas kembali Parlimen Lanang dan Sibu berdasarkan sokongan masyarakat berbilang kaum dan agama di kedua-dua kawasan tersebut.

    Tambahnya, SUPP sebagai parti komponen BN tidak pernah berganjak dalam memperjuang dan mempertahankan hak autonomi rakyat negeri ini.

    "Kita harus memberi sokongan kuat kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mendukung hasrat rakyat negeri ini menikmati kedudukan setaraf dengan Semenanjung Malaysia," ujarnya.-Sarawakiana



    Subjects:

  • No Comment to " Parlimen Lanang, Sibu Dapat Dirampas Dengan Sokongan Padu Rakyat "