• Paris Perkenal Hari “Bebas Kereta”, Lindungi Alam

    Published: Monday, 2 October 2017
    A- A+


    PARIS – Paris melarang kenderaan persendirian berada di kawasan bandar raya itu selama tujuh jam pada Ahad dalam usaha untuk mengurangkan pencemaran dan perubahan iklim, lapor agensi berita China Xinhua.

    Kenderaan persendirian (dengan beberapa pengecualian) dilarang berada di jalan-jalan raya di bandar raya Paris mulai pukul 11 pagi (0900 GMT) hingga 6 petang (1600 GMT).

    Pemandu yang engkar boleh dikenakan denda sebanyak 135 euro (kira-kira US$159).

    Larangan penggunaan kenderaan persendirian pada Ahad itu adalah pertama kali diperkenalkan di seluruh pusat Paris, meliputi kira-kira 100 kilometer persegi.

    Pihak perbandaran berkata, hampir 1,000 pegawai polis dikerahkan untuk mengawal keadaan.

    Datuk Bandar Paris Anne Hidalgo percaya dengan mengurangkan penggunaan kenderaan di jalan raya merupakan cara berkesan bagi mengurangkan pencemaran.

    Selain itu katanya, hari “bebas kereta” boleh meningkatkan kesedaran mengenai kaedah pengangkutan alternatif lain dan memperlihatkan bagaimana kehidupan dapat dilalui di Paris dengan kenderaan yang kurang di jalanan.

    Bagaimanapun, larangan itu menimbulkan kemarahan kebanyakan pemandu kenderaan. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Paris Perkenal Hari “Bebas Kereta”, Lindungi Alam "