• Pandu Lori Ikan Dengan Kepada 'Berisi'

    Published: Friday, 13 October 2017
    A- A+

    Pemandu lori muatan ikan antara ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam Ops Halangan di hentian Rehat & Rawat (R&R) Seremban, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di sini, malam tadi.

    Suspek yang juga lelaki berusia 38 tahun antara tiga ditahan selepas positif syabu dalam operasi bermula jam 10 malam hingga 12.30 tengah malam.

    Operasi membabitkan 13 pegawai dan 52 anggota AADK turut disertai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), polis, PUSPAKOM dan syarikat konsesi lebuh raya, PLUS Malaysia Berhad.

    Ketua Unit Pendakwaan dan Pengawasan AADK negeri, Aziz Musa berkata, lelaki yang berasal dari Banting, Selangor itu dalam perjalanan dari Ipoh, Perak menuju ke Johor untuk menghantar ikan.

    Katanya, curiga dengan lelaki terbabit pihaknya menjalankan ujian saringan awal sebelum mendapati dia positif syabu.

    "Selain itu, terdapat dua lelaki berusia 22 tahun dan 38 tahun yang juga kelindan lori muatan pencuci pakaian dan barangan plastik turut positif dadah sama.

    "Ketiga-tiga suspek kemudian dibawa ke pejabat AADK untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983," katanya.

    Turut hadir, Ketua Bahagian Penguat kuasa SPAD, Mejar Jeneral (B) Datuk Che Hasni Che Ahmad.

    Sementara itu, Che Hasni berkata, sebanyak 53 kenderaan diperiksa dalam operasi berkenaan.

    "Daripada jumlah itu, SPAD merekodkan enam kes iaitu pemandu bas tidak mempunyai pemandu pelancong, lori membawa muatan berlebihan, pemandu gagal mengemukakan permit serta tidak mempunyai lesen memandu.

    "Kesemua kes ini disiasat mengikut Seksyen 22 dan Seksyen 23 Akta Pengangkutan Awam Darat (SPAD) 2010," katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Pandu Lori Ikan Dengan Kepada 'Berisi' "