• Pandang Serius Ujian Atmosfera

    Published: Thursday, 26 October 2017
    A- A+

    WASHINGTON: Amaran terbaharu Menteri Luar Korea Utara kemungkinan ujian nuklear atmosfera di Lautan Pasifik harus dipandang serius, kata pegawai kanan Korea Utara kepada Cable News Network (CNN) dalam satu wawancara.

    "Menteri Luar sedar niat pemimpin tertinggi kami, jadi saya fikir anda harus mengambil kata-katanya secara serius," kata diplomat kanan Kementerian Luar Negara Korea Utara, Ri Yong Pil kepada CNN.

    Kenyataan Menteri Luar Korea Utara, Ri Yong Ho bulan lalu berhubung kemungkinan Pyongyang menimbangkan untuk melakukan 'letupan paling kuat' menggunakan bom hidrogen di Lautan Pasifik ketika ketegangan dengan Amerika Syarikat (AS) semakin tegang.

    Menteri itu membuat kenyataan selepas Presiden AS, Donald Trump mengeluarkan amaran kepada Korea Utara, negara itu akan musnah jika usaha membangunkan peluru berpandu nuklear yang mampu menjangkau AS diteruskan.

    Ketua Agensi Perisikan Pusat (CIA), Mike Pompeo berkata minggu lalu, Korea Utara hanya mengambil masa beberapa bulan saja mengumpul kemampuan untuk melancarkan peluru berpandu yang mampu menjangkau AS.

    Menurut pakar, ujian atmosfera adalah salah satu cara untuk menunjukkan kemampuan kerana sebelum ini semua ujian nuklear Pyongyang dilakukan di bawah tanah.

    Trump dijangka mengadakan lawatan ke Asia minggu depan dan pada masa sama menggiatkan kempennya untuk menekan Korea Utara agar menghentikan program nuklear dan peluru berpandunya. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Pandang Serius Ujian Atmosfera "