• Pakwe Ku Tokan Dadah!

    Published: Monday, 23 October 2017
    A- A+

    Tindakan seorang gadis remaja bermalam di rumah teman lelakinya yang juga seorang tokan dadah terbongkar apabila kedua-dua mereka diberkas polis di sebuah rumah di Kuala Klawang, Jelebu di sini, awal pagi tadi.

    Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, gadis berusia 17 tahun dan teman lelaki berusia 29 tahun ditahan 1.30 pagi.

    "Pemeriksaan lanjut polis menemui 66 gram heroin dan 4.75 gram syabu diisi dalam 36 peket plastik.

    “Siasatan mendapati gadis itu mengenali teman lelakinya sejak enam bulan lalu dan bermalam di situ ketika ahli keluarga suspek tiada di rumah,” katanya.

    Difahamkan remaja itu tidak bersekolah dan mengikuti teman lelakinya selepas diberikan wang saku.

    Beliau berkata, polis turut merampas RM740 iaitu wang hasil jualan dadah sebelum kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu, di sini untuk tindakan lanjut.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

    Subjects:

  • No Comment to " Pakwe Ku Tokan Dadah! "