• Pakatan Harapan Perlu Berpijak Pada Bumi Yang Nyata

    Published: Thursday, 26 October 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan yang diketuai DAP perlu berpijak pada bumi yang nyata sebelum bercita-cita mahu menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST) menerusi bajet alternatif yang diumumkan semalam.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, beliau tetap dengan pendiriannya bahawa bajet tersebut boleh memudaratkan dan membahayakan ekonomi negara.

    “Sekali lagi saya nyatakan bajet ini tidak berpijak pada bumi yang nyata, sebagai contoh kerajaan berjaya mengutip RM42 billion daripada GST dan menggunakannya untuk membangunkan negara.

    “Kalau GST dihapuskan, kerajaan akan kehilangan RM42 billion daripada hasil pendapatan dan apa yang akan dilakukan untuk menggantikan hasil cukai tersebut,” katanya ketika sidang akhbar selepas membuat lawatan di kilang pemprosesan tayar dekat sini hari ini.

    Tambahnya, kerajaan tidak sewenang-wenangnya melaksanakan GST tetapi mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk pemegang amanah dan pihak perbankan sebelum membuat keputusan mengenakan cukai tersebut. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Pakatan Harapan Perlu Berpijak Pada Bumi Yang Nyata "