• Padah Menghadap Telefon Bimbit Tanpa Henti

    Published: Saturday, 14 October 2017
    A- A+


    GUANGDONG - CHINA. Seorang wanita buta sebelah matanya akibat bermain permainan di telefon bimbit tanpa henti selama satu hari.

    Menurut laporan Telegraph, wanita berusia 21 tahun itu disahkan menghidap 'retinal artery occlusion' akibat tekanan pada matanya.

    Mangsa juga mengaku bermain permainan di telefon bimbit selama tujuh hingga lapan jam tanpa pergerakan lain.

    Kes berkenaan bukanlah yang pertama di China melibatkan bermainan permainan video untuk tempoh lama.

    Sebelum ini, seorang kanak-kanak berusia 13 tahun dilaporkan melompat dari tingkat lima rumahnya selepas bapanya melarangnya bermain permainan video.

    April lepas, seorang remaja berusia 17 tahun dikejarkan ke wad kecemasan akibat strok selepas bermain permainan video selama 40 jam tanpa henti.

    Media kebangsaan China dan agensi menggelaskan permainan video sebagai 'heroin elektronik' yang sedang 'meracun' belia-belia di negara itu.

    Subjects:

  • No Comment to " Padah Menghadap Telefon Bimbit Tanpa Henti "