• Nyallau Tetap Setia Kepada PRS

    Published: Tuesday, 24 October 2017
    A- A+

    Jika dilihat kepada arena politik semasa di Sarawak, beberapa nama sudah mula kedengaran untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Dato Sri Doris Sophia Brodie juga antara nama yang bakal dicalonkan bagi menggantikan penyandang sedia ada.

    Malah, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Datuk Amar James Masing dengan lantang berkata, sejarah bakal terlakar buat parti tersebut dengan menurunkan calon wanita Dayak pertama.

    Sophia sebelum ini turut disebut-sebut bakal menjadi calon mewakili Barisan Nasional (BN) di Parlimen Lubok Antu namun sehingga hari ini belum ada pengumuman rasmi berhubung perkara itu dibuat.

    Walaupun pelbagai spekulasi timbul, Ahli Majlis Tertinggi PRS yang juga Ahli Parlimen Lubok Antu, Datuk William Nyallau Badak menjelaskan, masyarakat tidak perlu mempersoalkan kesetiaan beliau dengan PRS hanya disebabkan tidak hadir pada majlis makan malam ulangtahun ke-13 parti tersebut.

    Memetik laporan The Borneo Post, Nyallau berkata, beliau sudah memaklumkan kepada pengerusi penganjur, Sophia sebab tidak hadir majlis tersebut.

    Menurutnya, beliau menghadiri Mesyurat Pra Persidangan Bajet 2018 di Kuala Lumpur pada Ahas.

    "Ini merupakan mesyuarat tertutup yang perlu dihadiri ahli parlimen dan senator dari Barisan Nasional (BN)," katanya.-Sarawakiana



    Subjects:

  • No Comment to " Nyallau Tetap Setia Kepada PRS "