• Nota kiraan sasaran mangsa temui dalam bilik hotel penyerang Las Vegas

    Published: Sunday, 8 October 2017
    A- A+
    WASHINGTON 8 Okt. - Sekeping nota tulisan tangan mengenai pengiraan untuk meningkatkan ketepatan dan jumlah yang terbunuh dilaporkan ditemui di dalam bilik hotel penyerang Las Vegas, Stephen Paddock ketika serbuan dilakukan pada hari kejadian.

    Saluran CBS melaporkan nota itu ditemukan Pegawai K-9 Jabatan Polis Las Vegas, David Newton yang menyerbu bilik Paddock selepas melepaskan tembakan dari tingkat 32 hotel kasino Mandalay Bay malam Ahad lalu.

    Dalam temu bual menerusi rancangan ‘60 Minutes’ Newton memberitahu pemberita, beliau melihat nota Paddock itu di atas meja berhampiran tempat dia melepaskan tembakan.

    “Saya melihat dia menulis jarak, ketinggian dari tingkapnya, tahap kejatuhan peluru yang ke atas orang ramai. Dia mencatatkan semua itu dan menetapkan posisinya untuk menembak semua sasarannya dari situ,” kata Newton.

    Nota itu bagaimanapun tidak memberi gambaran jelas mengenai motif sebenar kes tembakan terburuk dalam sejarah Amerika Syarikat (AS) yang membunuh 58 orang dan mencederakan 515 yang lain walaupun sudah hampir seminggu siasatan dilakukan.-AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Nota kiraan sasaran mangsa temui dalam bilik hotel penyerang Las Vegas "