• Nilai Dagang, Eksport Dan Import Negara Meningkat

    Published: Tuesday, 17 October 2017
    A- A+

    KEPALA BATAS: Kadar perdagangan negara mencatatkan peningkatan sebanyak 22.6 peratus, iaitu RM1.16 trillion, sepanjang Januari hingga Ogos tahun ini.

    Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan, berkata kadar peningkatan itu didorong oleh Industri 4.0 dengan menyaksikan sektor elektrik dan elektronik sebagai produk eksport terbesar.

    Katanya, nilai lebihan dagangan negara juga meningkat 16 peratus kepada RM60.84 bilion bagi tempoh sama, dengan jangkaan kadar pendapatan Malaysia mampu mencapai sasaran RM1.5 menjelang akhir tahun ini.

    "Kadar eksport negara turut mencatatkan peningkatan 22.2 peratus, iaitu RM611.92 bilion, manakala nilai import meningkat 23 peratus kepada RM551.07 bilion, bagi tempoh sama.

    "Peningkatan ini sangat memberangsangkan apabila Malaysia hanya mempunyai 30 juta penduduk, berbanding negara lain dalam kumpulan Asia Tenggara yang mengungguli pasaran import dan eksport dunia," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika merasmikan sesi penerangan Fasiliti Kewangan, Pinjaman Mudah dan Geran kepada Usahawan Industri Kecil dan Sederhana anjuran Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) di sini, hari ini.

    Yang turut hadir, Pengerusi Pesuruhjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Datuk Tan Teik Cheng.Industri Keempat (4.0) ialah era revolusi industri dan teknologi yang menggunakan strategi luar biasa, termasuk penggunaan robotik yang menjadikan pasaran tenaga guna kerja semakin berdaya saing. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Nilai Dagang, Eksport Dan Import Negara Meningkat "