• Neymar perlu belajar pekakkan telinga

    Published: Thursday, 26 October 2017
    A- A+

    PARIS: Jurulatih Paris Saint-Germain, Unai Emery berkata Neymar harus pandai 'memekakkan telinga' terhadap setiap provokasi selepas pemain termahal dunia itu dikeluarkan padang ketika menentang Marseille, minggu lalu.

    Pemain Brazil berusia 222 juta euro (RM1.1 bilion) itu menerima kad kuning kedua ketika terikat 2-2 dengan seteru utamanya itu di Velodrome kerana memberikan reaksi terhadap satu pelanggaran dengan Lucas Ocampos.

    Neymar dilihat bangun dan seakan berang dengan Ocampos dan tindakan berlebih-lebihan oleh pemain Argentina itu menjadi punca kepada bekas pemain Barcelona, Neymar dilayangkan kad kuning kedua.

    "Dia sedang melalui proses menyesuaikan diri dengan liga, pasukan, pengadil tetapi dia seorang yang bijak. Dia juga sedar yang dia perlu belajar daripada apa yang berlaku Ahad lalu," kata Emeru menjelang pertembungan dengan Nice, esok.

    Neymar secara automatik digantung untuk perlawanan di Parc des Princes nanti .

    "Dia dikasari secara agresif oleh pasukan lawan dan adalah amat penting bagi pengadil untuk mengawal permainan di mana situasi seperti ini berlaku," kata Emery.

    "Saya bercakap dengannya mengenai perkara itu sebelum perlawanan dan kami bercakap jangan terbabit dengan apa juga provokasi. Namun di atas padang, di mana memerlukan daya tumpuan dan penuh agresif, pemain juga adalah manusia dan kami memerlukan setiap orang untuk mengekalkan keseimbangan untuk kami melakukan tugas dengan baik."

    Ini adalah kali kedua Neymar terlepas untuk beraksi sejak dia membuat kemunculan pertama di Paris, Ogos lalu. Kali pertama dia tidak bermain ialah ketika terikat dengan Montpellier, bulan lalu.

    - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Neymar perlu belajar pekakkan telinga "