• 'Neymar Mangsa Kekasaran'

    Published: Monday, 23 October 2017
    A- A+

    PARIS: Neymar memainkan watak wira dan pemusnah apabila penyerang Brazil itu meledak gol dan kemudian diarah keluar padang ketika Paris Saint Germain (PSG) mencatat keputusan seri 2-2 bertemu musuh tradisi, Marseille dalam aksi Ligue 1, awal pagi tadi.

    Marseille meledak gol pembukaan menerusi rembatan jarak jauh Luiz Gustavo pada minit ke-16 sebelum Neymar menyamakan kedudukan dengan jaringan menarik pada minit ke-33 untuk gol ke-10 daripada 11 perlawanan bagi kelab.

    Selepas Florian Thauvin meletakkan Marseille kembali di depan, Neymar kemudian dilayangkan kad kuning sebelum diarahkan keluar padang dua minit kemudian susulan tindakannya menanduk penyerang Argentina, Lucas Ocampos.

    Begitupun, penyandang juara itu tampil dengan satu lagi plot menarik apabila rembatan kencang Edinson Cavani menerusi sepakan percuma menjadikan kedudukan 2-2 untuk memberikan PSG satu mata untuk pemain Marseille keluar dari Stade Velodrome dengan wajah murung.

    “Kami agak kecewa dengan kad merah yang dikenakan kepada Neymar kerana dia adalah mangsa kepada banyak kekasaran sepanjang perlawanan,” kata jurulatih PSG, Unai Emery.

    “Saya percaya dia adalah kerja semua orang untuk melindungi pemain hebat mereka.”

    Keputusan menyaksikan PSG mengekalkan rekod tanpa kalah di puncak Ligue 1 dengan mengumpul 26 mata, kelebihan empat mata di depan Monaco. Marseille di tangga kelima selepas mengumpul 18 mata.

    “Ia gol yang penting melihat kepada bagaimana perlawanan ini berlangsung,” kata penyerang Uruguay, Cavani.

    “Ia amat sukar bagi kami untuk bermain dalam suasana seperti ini dan ia adalah mata yang penting. Inilah bola sepak, dia mana ada perlawanan yang kami perlu memberikan segala-galanya.”-AFP

    Subjects:

  • No Comment to " 'Neymar Mangsa Kekasaran' "