• Netizen Gelar Mahathir Sebagai “Turn M”

    Published: Wednesday, 4 October 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR – Gelaran “Turn M” antara sindiran pedas dilemparkan oleh netizen ke atas Tun Dr. Mahathir Mohamad gara-gara ucapannya yang mendakwa DAP bukan sebuah parti rasis di Johor baru-baru ini.

    Sebilangan netizen pula menyifatkan Mahathir terlebih “makan dedak” DAP sehingga sanggup membuat pusingan U seteruk itu semata-mata mahu memujuk kaum Melayu di Johor supaya menyokong pembangkang.

    “Tuan-tuan dan puan-puan, parti DAP kita anggap sebagai parti yang terlalu rasis. Sebenarnya pandangan itu dimulakan daripada saya. Tetapi apabila saya mendekat.. (tergagap sebentar).. mendekatkan dengan DAP, saya dapati DAP bukan parti rasis seperti MCA.

    “Gambaran atau imej yang saya ciptakan untuk DAP (selama ini) tidak benar,” dakwanya di hadapan ramai kaum Melayu yang menghadiri satu majlis anjuran pakatan pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Harapan di Tampoi baru-baru ini.

    Pakatan Harapan dibarisi oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (PAN)

    Turur hadir ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden PPBM dan pemimpin-pemimpin pembangkang lain.

    Berikut antara sindiran-sindiran panas netizen keatas Mahathir di Facebook selepas sebuah laman Facebook parti pembangkang memuatnaik ucapan beliau:

    “Saya ini penyokong PKR. Mentor saya adalah William Leong PKR Rawang. Tapi sekarang PAN terima Tun M. This Tun is really politic prostixxxxxx,” – (Selvalingam Maary)

    “Kesian Mahathir dah jadi `promoter’ DAP” – (Dino Yap)

    “Bila dah jadi khadam memang macam itulah. Lepas ini jika bercakaran dengan DAP, apa pula kenyataan beliau” -(ريزوان محمد)

    “Jilat la dedak tu bagi habis” – (Mohd Fauzi Othman)

    “Dulu masa dalam UMNO macam-macam Mahathir cakap tentang DAP. Sekarang sudah jadi baik oooo” – (Wan Farid Wan Mohamad)

    “Kita pusing Mahathir. Ada juga orang macam ini di Malaysia” – (Supeer Din)

    “Dulu masa ada kuasa anggap DAP rasis. Lepas tiada kuasa mula la DAP paling suci” – (Hafiz Marley)

    “Dulu pakcik percaya tanggapan Tun. Sekarang pun pakcik masih percaya. Susah untuk pakcik lupakan. Mungkin pakcik bukan Melayu kot” – (Pak Der)

    “Mahathir “spin”. Sekejap rasis, sekejap tidak. Memang tak boleh pakai. Dulu Mat Sabu kata dia bapa perompak” -(Muhammad Baihaqi).– MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Netizen Gelar Mahathir Sebagai “Turn M” "