• Nelayan Hilang Ditemui Lemas di Gedong

    Published: Thursday, 26 October 2017
    A- A+
    SIMUNJAN: Seorang nelayan yang dilaporkan hilang ketika keluar menangkap ikan di Sungai Gedung pada Selasa ditemui lemas hari ini.

    Mangsa yang keluar bersendirian kira-kira jam 12.00 tengahari pada hari kejadian dilaporkan hilang setelah rakan-rakannya menyedari mangsa tidak balik hingga jam 7.30 petang hari tersebut.

    Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa Nazip Abang, 33 yang dipercayai lemas telah dijumpai terapung oleh penduduk kampung pada jam 6.50 pagi tadi.

    “Dengan penemuan tersebut, Operasi SAR yang dilancarkan sejak Selasa lepas ditamatkan,” katanya

    Mayat mangsa diserah kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut. - Sarawakiana
  • No Comment to " Nelayan Hilang Ditemui Lemas di Gedong "