• Negara Islam Bakal Bincang Isu Bandar Hijau, Pembangunan Lestari

    Published: Monday, 16 October 2017
    A- A+


    RABAT – Sesi ketujuh Persidangan Islam Menteri-Menteri Alam Sekitar yang bakal diadakan dari 25 hingga 26 Okt di ibu pejabat Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Islam (ISESCO) di ibu negara Maghribi, lapor agensi berita China Xinhua.

    Menteri-Menteri Alam Sekitar negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) serta wakil organisasi antarabangsa dan serantau akan mengambil bahagian dalam persidangan itu.

    Persidangan itu akan membincangkan beberapa dokumen yang menyentuh bandar hijau, pembangunan lestari dan penubuhan Majlis Air OIC.

    Anggota Biro Eksekutif Islam bagi Alam Sekitar akan dilantik dan tarikh serta tempat bagi sesi kelapan akan ditetapkan.

    Sidang ketujuh dibuat 15 tahun selepas sesi pertama diadakan di Arab Saudi pada 2002. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Negara Islam Bakal Bincang Isu Bandar Hijau, Pembangunan Lestari "