• Nasi Kandar RM1

    Published: Monday, 30 October 2017
    A- A+

    Tidak sampai sejam, lebih 100 pinggan set nasi kandar RM1 habis terjual dalam promosi Nasi Kandar Line Clear (LC Restaurant), Kampung Bharu, di Kuala Lumpur hari ini.

    Antara pelanggan terawal, Mohd Fadli Abd Hamid, 23, berkata, dia tidak melepaskan peluang menikmati set nasi kandar dengan harga RM1 selepas promosi itu tular di media sosial.

    “Payah nak dapat set nasi kandar terdiri daripada ayam goreng, sayur, kuah dan air sirap dengan harga RM1.

    "Harap-harap promosi seumpamanya dapat diteruskan dan diikuti restoran yang lain," katanya.

    Pekerja pembersih Alam Flora, Ragu Ananthan, 52, pula menyifatkan promosi demikian sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kos makan hariannya.

    "Oklah macam ini. Saya dapat makan kenyang dengan menu yang sedap dan cuma membayar RM1.

    "Tambahan pula isteri saya tidak bekerja dan saya perlu menyara anak-anak," katanya yang berasal dari Bandar Baru Sentul, di sini.

    Sementara itu, Pengarah LC Restaurant Salim Madinah berkata, pihaknya memperuntukkan 400 pinggan promosi set nasi kandar untuk hari ini.

    Menurutnya, selepas ini promosi ini diteruskan pada harga RM5.30 bagi set nasi kandar dengan air setiap Isnin dan Jumaat.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Nasi Kandar RM1 "